MESIR – Penyerang Liverpool Mohamed Salah diuji positif Covid-19 dalam saringan kedua pandemik itu semalam.
Pemain Mesir itu dikesan positif kali kedua pada Rabu selepas positif dalam saringan pertama minggu lalu.
Dia tidak menunjukkan sebarang simptom Covid-19 tetapi dikesan positif dalam ujian saringan kedua mengejutkan jurulatih kebangsaan.
Persatuan Bola Sepak Mesir semalam mengesahkan Salah positif Covid-19 kali kedua.
Rentetan keputusan itu dia tidak akan beraksi dalam dua saingan Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam minggu ini.
Salah dilaporkan akan menjalani kuarantin kendiri di rumahnya sebelum pulang dari tugas antarabangsa.
Liverpool akan menerima kunjungan Leicester City dalam EPL Ahad ini di Anfield dan Atalanta dalam aksi kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 25 Disember ini.
Pada Selasa, Salah dalam ciapan di laman Twitter peribadinya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberi kata-kata semangat kepadanya selepas disahkan positif Covid-19.
Liverpool bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada pemain itu akan beraksi untuk perlawanan Ahad ini.
Salah masih berada di Mesir untuk menjalani kuarantin kendiri dan kelab akan mengikuti protokol kesihatan Covid-19 oleh kerajaan dan EPL bagi menentukan jangka masa pemain itu dibenarkan pulang ke England.
Salah telah beraksi dalam kesemua lapan perlawanan musim ini dan menjaringkan lapan gol.-MalaysiaGazette