Kementerian Kerja Raya (KKR) mendapat peruntukan sebanyak RM3.8 bilion bagi projek-projek baharu dalam Belanjawan 2021.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia melibatkan projek pembinaan Jambatan Klang Ke-3 Fasa 2 di Selangor, meneruskan Projek Central Spine Road, menaik taraf jambatan merentasi Sungai Marang, Terengganu bagi laluan Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan.
Selain itu ia turut membabitkan menaik taraf Jalan Persekutuan menghubungkan Gerik, Perak ke Kupang, Lunas dan Kulim, Kedah, membina dan menaik taraf lingkaran Pulau Indah, Klang, Selangor Fasa 3 serta projek jalan pintasan Cameron Highlands, Pahang dengan penekanan langkah pemuliharaan alam sekitar.