Pekerja asing memakai gelang pink dan berada di tapak pembinaan seperti yang tular di media sosial adalah terdiri daripada kontak kasual dan bukannya kontak rapat.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, hasil siasatan, mereka adalah golongan kurang risiko untuk dijangkiti Covid-19 berbanding kontak rapat.
Jelas beliau, pekerja asing itu tidak boleh keluar dari tapak pembinaan namun masih dibenarkan dalam kawasan itu.