BERLIN – Lima orang mangsa cedera ditikam dengan pisau dalam kejadian di bandar Oberhausen, di barat Jerman.
Suspek berjaya ditahan.
Mangsa-mangsa yang cedera kini menerima rawatan di unit rawatan rapi dan seorang daripada mereka dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Punca kejadian masih belum diketahui.
Namun, menurut polis, insiden itu dipercayai berlaku akibat pertikaian keluarga, sekali gus menolak perbuatan pengganas.
Setakat ini siasatan masih dijalankan. – MalaysiaGazette