Home Politik Jangan memandai dakwa bajet bersyarat BN sebagai pengkhianat

Jangan memandai dakwa bajet bersyarat BN sebagai pengkhianat

Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Mana-mana pihak jangan memandai membuat tuduhan sokongan bajet bersyarat yang ditetapkan oleh Barisan Nasional (BN) adalah pengkhianat.

Ini kerana, syarat yang ditetapkan itu untuk kelangsungan rakyat, bukan untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Tegasnya, sebenarnya yang mengkhianati rakyat adalah yang ego dan tidak mahu mendengar rintihan rakyat di saat paling sukar.

”Saya mahu mengulangi dua perkara penting di penghujung ucapan bajet oleh Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO di Parlimen semalam.

”Pertama mengenai kejujuran politik. Saya pernah mengulasnya di fb saya bertarikh 1 Nov 2020. Tetapi Zahid menyusunnya dengan ungkapan yang tajam dan tepat. Katanya…”Dalam politik baik sebagai rakan kongsi atau atas nama dokongan, kejujuran politik bukan sekadar persetujuan lisan tetapi pelaksanaannya.

”Menurutnya, tidak timbul siapa yang berbudi atau siapa yang terhutang budi. Tetapi bagaimana kebersamaan diterjemahkan.

”Semoga siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya. Hentikan politik tikam belakang. Sebab itu Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mesti didokong oleh konsensus parti secara bertulis,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Kedua, Zahid menekankan perlunya kestabilan politik, barulah kelangsungan rakyat dapat diutamakan.

”Jujurlah katanya, “rakyat mahu yang terbaik untuk mereka. Kerajaan majoriti lemah menyukarkan usaha ke arah itu.

”Justeru Zahid menyarankan “usul percaya”atau sebaliknya hendak diuji di Dewan Rakyat. Baginya, kerajaan perlu menjadikan “usul percaya” itu sebagai urusan kerajaan. Usul itu mesti diletak disenarai atas urusan kerajaan.

”Apakah PM berani dan gentleman? Ya, jika ada “kejujuran politik”,” katanya.

Sebab itu, Mohd Puad berkata, Zahid menyatakan proklamasi darurat di seluruh negara atas alasan apa sekalipun wajib ditolak.

Oleh itu, menurutnya, pendirian UMNO mengenai darurat cukup jelas.

”Akhirnya Zahid membuat kesimpulan penting iaitu suara rakyat adalah suara keramat. Dari rakyat kita diberi mandat maka kepada rakyat kita serahkan mandat,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Puad ni pun jenis sembang lidah bercabang. Dua ayat terakhir yg dia petik dari Zahid takda pun sebut psl rakyat. Dua dua psl perjanjian politik. Apa benda berkait dengan isu bajet pulak? Nampak sgt betul tekaan org ramai, syarat BN tetapkan tu semata mata nak uji sekuat mana pengaruh BN dlm PN saja pun.

Comments are closed.