LONDON – Pep Guardiola mahu bintang bola sepak La Liga, Lionel Messi terus kekal dan komited bersama Barcelona.
Pengurus Manchester City itu berpendapat pemain antarabangsa Argentina itu tidak harus meninggalkan Nou Camp dan ia bukan tindakan yang bijak.
Sebaliknya Guardiola mencadangkan Messi meneruskan kehidupan dan perlu kariernya bersama the Catalans.
Pada Khamis lalu, Guardiola telah menyambung kontrak selama dua tahun bersama City yang mana sebelum ini beliau dikaitkan dengan pembelian Messi yang akan tamat kontrak pada musim depan.
“Messi adalah pemain Barcelona dan saya sudah mengulas beratus kali dan sebagai peminat dia, saya mahu Leo (Messi) mengakhiri karier bolanya di Nou Camp.
“Kontrak dia akan tamat musim ini tetapi saya tidak tahu apa yang berlegar dalam pemikiran dia ketika ini mengenai masa depannya,” tegas Guardiola.
Messi dilaporkan mahu menyertai City apabila mengemukakan permohonan kepada Barcelona pada akhir Ogos lalu tetapi disekat oleh Presiden ketika itu, Josep Maria Bartomeu. – MalaysiaGazette