KUALA LUMPUR – UMNO sebagai parti tunjang masyarakat Melayu perlu kembali berkuasa dan memerintah negara ini demi mengubah nasib rakyat.
Setiausaha Agongnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tanpa kuasa, parti yang dipimpin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekarang tidak dapat melaksanakan agenda membela rakyat negara ini, khususnya orang-orang Melayu.
“Kemudian mengapa kita perlu berkuasa? Kita perlu mengubah nasib hidup rakyat dengan kuasa yang ada. Kita aturkan belanjawan saban tahun misalnya untuk memperbaiki kuasa luar bandar dan memodenkannya.
“Ia mampu beri kemahiran tinggi dan pengajian tinggi menyebabkan gaji tinggi untuk rakyat dan mewujudkan keusahawanan dan lebih ramai usahawan di negara dan lebih cepat maju negara itu, ini kajian yang dijalankan oleh pakar,” katanya dalam program temubual khas Owh!MG terbitan MalaysiaGazette.
UMNO dan Barisan Nasional (BN) hilang tampuk pemerintahan Putrajaya pada Mei 2018 lalu dan mengakibatkan parti itu berpecah dan Pakatan Harapan (PH) berjaya memerintah negara buat kali pertama.
Ahmad berkata, terdapat empat punca kepada kekalahan teruk UMNO BN ketika itu antaranya putar belit fakta oleh PH ketika mereka menjadi pembangkang.
“Pada saya, ada empat sebab mengapa kita hilang kuasa, sebab pertama kerana fitnah dan putar belit oleh pembangkang ketika itu termasuklah yang mereka putar belit mengenai GST.
“Daripada satu sistem percukaian yang terbaik kepada perkara yang dibenci oleh rakyat. Sebab kedua kerana Melayu berpecah begitu banyak Melayu UMNO, Pas, PKR, PAN, PPBM. Jadi, Melayu berpecah maka kalahlah parti utama Melayu UMNO,” katanya.
Faktor ketiga adalah disebabkan sejumlah empat juta bumiputera di negara ini tidak mendaftar sebagai pengundi.
Katanya, kekalahan teruk UMNO BN boleh dielakkan kerana beberapa kerusi yang ditandingi oleh parti itu hanya memperlihatkan kekalahan majoriti ratusan dan ribuat undi sahaja.
“Bayangkan ada ratusan bumiputera yang mendaftar, kemungkinan keputusan akan jadi lain.
“Keempat, janji manis dan palsu PH yang kemudiannya tidak ditunaikan. 10 janji utama mereka tidak ditunaikan dan tiada satu pun ang ditunaikan dalam 100 hari,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Dah berapa tahun dok pegang kerajaan… Nape naru baru la ni nak cite fasal membela dan mengubah nasib bangsa.. pirah… 60 thn dulu wat pe.. gentel telo.. tu la dulu time dok pegang kuasa… dunia ana yg punya… ada ko nampak rumput kat kaki ko… Bila dah terjelepuk… baru nak cite..sendiri mau ingat la bro..
Semua alasan politician ialah “demi rakyat”. Kalau hanya pandai bercakap tp xpandai bekerja masih belum ada jaminan utk mendapat kuasa dan kepercayaan rakyat.
UMNO ni tak sedar-sedar lagi. Orang tak undi BN sebab dah meluat. Sombong. Bongkak. Cakap lebih. Penuhkan poket sendiri. Parti perkauman yang kuat. Orang Melayu dengan pemikiran yang terbuka pun tak boleh nak terima. Asyik nak salahkan pembangkang dari dulu sampai ke sekarang. Bila masuk mahkamah, terbukti bersalah