Home Nasional Gelembung perjalanan domestik akan rancakkan industri pelancongan tempatan

Gelembung perjalanan domestik akan rancakkan industri pelancongan tempatan

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri menunjukkan Pelan Pemulihan Pelancongan di bawah Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selepas sidang media di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 17 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Buddha (MOTAC) melalui agensinya Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) akan menggerakkan pelan pemulihan pelancongan bagi meramcakkan semula industri itu.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Syukri, beberapa program telah sedia ada seperti kerjasama dengan Telekom Malaysia, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan e-market untuk promosi pakej-pakej penghinapan bagi rancakkan pelacongan domestik digerakkan.

Katanya, langkah ini akan bantu hotel-hotel di bandar yang terkesan dengan Covid-19.

“Kita juga akan kerjasama dengan Persatuan Hotel Bajet (MyBHA) bagi hotel-hotel 3 bintang ke bawah yang aktif  mengikut negeri, keutamaan kita beri kepada ahli berdaftar dengan MOTAC melalui kempen ‘Jom Nginap’ dan ‘Malaysia Welcomes You’.

“Kempen ‘Cuti Cuti Malaysia’ dengan kerjasama syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Firefly, Air Asia dan Malindo Air untuk ke lokasi percutian dalam negara,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurut Nancy, Tourism Malaysia juga akan menjalinkan kerjasama dengan penggiat industri melalui segmen perkhidmatan, pengangkutan dan syarikat swasta seperti Prasarana bagi menggalakan pergerakan dalam pelancongan domestik.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Seri Nancy Shukri ketika sidang media khas mengenai status terkini gelembung perjalanan pelancongan domestik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 23 NOVEMBER 2020

Pengumuman itu selaras dengan persetujuan oleh kerajaan untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) perjalanan domestik bermula Ahad ini bagi merancakkan semula aktiviti pelancongan tempatan.

Kelmarin Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, empat jenis pergerakan dibenarkan di bawah SOP berkenaan, iaitu rentas daerah zon hijau dibenarkan tanpa perlu mendapat kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Nancy, pelbagai mekanisma telah dicadangkan bagi pelan pemulihan industri pelancongan termasuk pemberian baucar, diskaun dan rebat tunai.

“MOTAC sambut baik keputusan kerajaan yang telah membenarkan gelembung perjalanan domestik antara zon-zon hijau di Malaysia.

“Kami juga berharap rakyat akan ambil peluang sebaiknya untuk melancong dengan selamat berpandukan SOP norma baharu,” ujarnya. – MalaysiaGazette