KUALA LUMPUR – CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB) memperkenalkan program Bantuan Pembayaran Sasaran Diperluasnya (TPA), seiring dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini berhubung bantuan tambahan untuk peminjam B40 dan syarikat mikro yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Di bawah TPA, peminjam yang layak akan dapat memohon penangguhan ansuran bulanan selama tigabulan atau pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
Menurutnya, individu daripada kalangan B40 yang berdaftar di bawah Bantuan Sara Hidup (BSH)/Bantuan Prihatin Rakyat (BPN), dengan kemudahan yang layak termasuk pembiayaan rumah, peribadi, pembiayaan ASB, sewa beli dan pembiayaan berjangka yang ditukar daripada baki kad kredit.
Bagi pasangan suami isteri yang didaftarkan di bawah BSH/BPR berdasarkan pendapatan isi rumah, suami dan isteri akan layak mengikuti program ini sekiranya mereka mempunyai pembiayaan dengan bank.
Perusahaan mikro yang didefinisikan oleh SME Corp dan termasuk entiti perniagaan di semua sektor dengan perolehan penjualan kurang daripada RM300,000 setahun atau kurang dari 5 pekerja sepenuh masa, dengan kemudahan pinjaman/pembiayaan dengan nilai yang diluluskan hingga RM150,000.
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, CIMB sedia membantu dan akan terus mengutamakan kesejahteraan kewangan dan ketahanan ekonomi pelanggan melalui TPA dan program bantuan lain yang berterusan.
Peminjam yang layak boleh mula memohon bantuan dari 23 November 2020 dan seterusnya, dan ia akan berkuat kuasa mulai ansuran bulan berikutnya atas permintaan dan pengesahan penerimaan peminjam.
Program ini tersedia dari 1 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021 untuk kemudahan yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permintaan.
Sebagai sebahagian daripada proses permohonan, setiap pelanggan akan diminta untuk memberikan perakuan diri dan pengesahan penerimaan.
Syarikat mikro yang layak digalakkan untuk menghubungi CIMB untuk memohon program dan hanya akan diminta untuk memberikan perakuan diri bahawa perolehan mereka tidak melebihi RM300,000 atau mempunyai pekerja kurang dari 5, melalui e-borang.
Dokumentasi tambahan tidak diperlukan oleh bank untuk pelanggan memohon TPA.
Pelanggan yang layak hanya perlu mengesahkan pilihan mereka untuk penangguhan 3 bulan atau pengurangan ansuran bulanan 50% 6 bulan.
Walau bagaimanapun, pelanggan sewa beli dan pembiayaan Islam dengan kadar tetap yang mahu memohon program ini diwajibkan untuk menandatangani dokumentasi yang disemak berkaitan dengan kemudahan pembiayaan sewa beli/ kadar tetap Islam mereka untuk menunjukkan penerimaan mereka terhadap terma yang disemak semula dengan bank.
Ia selari dengan Akta Sewa Beli 1967 dan syarat Syariah. – MalaysiaGazette