Home Ekonomi Brent cecah paras tertinggi sejak Mac

Brent cecah paras tertinggi sejak Mac

Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak mentah mencecah paras tertinggi sejak Mac susulan berita keberkesanan vaksin Covid-19 yang diharap dapat memulihkan permintaan minyak.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$0.43 atau 0.9%, kepada AS$ 46.49 setong pada 0522 GMT, sementara minyak mentah West Texas Intermediate AS menambah AS$0.45 atau 1.1%, kepada AS$ 43.51 setong.

Brent naik kepada sesi tertinggi AS$ 46.56 pada awal hari Selasa, tahap tertinggi didagangkan sejak awal Mac sebelum Arab Saudi memulakan perang harga dengan Rusia, yang menyebabkan harga minyak jatuh.

Kedua-dua penanda aras minyak meningkat sekitar 2% pada hari Isnin setelah memperoleh sekitar 5% minggu lalu.

”Kemajuan dalam pembangunan dan pengagihan vaksin tidak akan menyebabkan risiko kembali normal kepada pasaran minyak.

”Jika data mobiliti menjadi ukuran sentimen harga minyak, tidak lama lagi vaksin akan membawa orang ramai kembali berada dalam kapal terbang dan kapal pesiaran.”,” kata Stephen Innes, Ketua Strategi Pasaran Global Axi.

Pada hari Isnin, AstraZeneca memaklumkan vaksin Covid-19 yang dibangunkan sudah menunjukkan keberkesanan 70% dalam percubaan dan boleh mencapai 90% keberkesanan 90%.

Pfitzer dan rakan kerjasamanya, BioNTech dan Moderna turut mendakwa vaksin yang dibangunkan juga menunjukkan tahap keberkesanan yang tinggi. – MalaysiaGazette