Home Sukan EPL: Penonton dibenarkan dalam stadium, bukan untuk kelab elit

EPL: Penonton dibenarkan dalam stadium, bukan untuk kelab elit

Kelab elit seperti Man United, Man City, Liverpool tidak dibenarkan memiliki penonton dalam stadium.

LONDON – Peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris dibenarkan kembali semula ke stadium untuk menonton perlawanan mulai 2 Disember ini.

Namun ribuan penonton perlu menjalani sekatan pergerakan yang ketat.

Menteri Budaya, Oliver Dowden semalam mengesahkan kelonggaran pergerakan peringkat kebangsaan mulai minggu hadapan.

Ia sekaligus memberi nafas lega kepada kelab EPL, Liga 1 dan 2, Liga Kebangsaan, Kesatuan Ragbi dan perlumbaan kuda di Unied Kingdom (UK).

Larangan penonton di stadium dilaksanakan sejak Mac lalu setelah Covid-19 mula mengganas di UK.

Pengumuman baharu itu menyaksikan hanya maksimum 4,000 penonton dibenarkan masuk ke stadium pada satu masa.

Bagaimanapun, kelab yang terletak di kawasan lokaliti pertama yang mana keseriusan jangkitan Covid-19 kurang kritikal hanya 50 peratus penonton dibenarkan iaitu dengan kapasiti maksimum 4,000 pada satu masa.

Dua kelab EPL yang dibenarkan 4,000 penonton ke dalam stadium adalah Brighton dan Southampton berdasarkan lokaliti penularan kes.

Malangnya, sebanyak 20 kelab termasuk tujuh kelab EPL dan EFL termasuk pasukan gergasi , Manchester United, Manchester City dan Liverpool masih dilarang menerima penonton dalam stadium selain Burnley.

Liga Perdana dalam kenyataan rasminya berkata, pihaknya mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Boris Johnson berkenaan kebenaran penonton kembali ke stadium.

“Usaha kami adalah akan terus mendukung misi kerajaan dan bekerjasama rapat untuk meningkatkan lagi kehadiran penonton ke tahap yang munasabah mengambil kira keadaan Covid-19,” kata persatuan itu.

Mengikut pengumuman baharu itu, hanya penyokong tempatan sahaja dibenarkan ke dalam stadium dengan pematuhan ketat SOP penjarakan sosial.

Chelsea, Tottenham Hotspur, Arsenal dan Leicester City dibenarkan mempunyai penonton dengan maksimum hanya 2,000 orang dibenarkan untuk setiap perlawanan.-MalaysiaGazette