Home Seni Hidup Gimnasium maya makin popular

Gimnasium maya makin popular

Gimnasium maya menjadi latihan terbaik untuk membakar lemak perut mereka untuk kekal cergas, sihat dan mendapat bentuk tubuh yang diidamkan.

SUNWAY – Sejak negara dilanda penularan pandemik Covid-19 awal tahun ini, semakin banyak acara dan aktiviti dibuat secara maya atau virtual.

Antaranya contohnya adalah larian dan maraton yang kini menjadi normal baharu kepada rakyat Malaysia yang mementingkan kesihatan.

Namun bagi mereka yang gemar ke gimnasium, hari ini terdapat juga aktiviti secara maya yang menjadi alternatif.

Bagi yang risau ke gimnasium namun ingin untuk mengeluarkan peluh tanpa bercampur dengan orang ramai, anda mungkin mencuba gimnasium maya ini.

Rawatan yang disediakan di Ten BodyScience Studio di Sunway itu kini menjadi pilihan individu yang mahu kekal langsing dan kurus secara privasi tanpa gangguan.

Pengurusnya, Vikki Chin berkata, gimnasium maya hanya memerlukan masa individu selama sejam namun dapat membakar sehingga 5,000 kalori dalam satu sesi program sahaja.

Jelas beliau kaedah itu lebih menjimat waktu apabila individu tidak perlu berdiet dan pergi ke gimnasium yang memakan masa untuk mendapatkan hasil apatah lagi pusat kesihatan kecergasan kini lebih menyasarkan keuntungan bisnes.

Bahagian perut individu akan dibalut sebelum program gimnasium bermula.

“Program ini sesuai untuk golongan sudah berumur terutama melebihi usia 40-an kerana mereka tidak boleh bersenam dengan berat kerana boleh memberi kesan kepada tulang belakang mereka.

“Jadi gimnasium maya menjadi latihan terbaik untuk membakar lemak perut mereka untuk kekal cergas, sihat dan mendapat bentuk tubuh yang diidamkan,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.

Vikki menambah, program gimnasium maya berbeza dengan rawatan laser, radio frekuensi atau pembedahan plastik yang tidak boleh memasuki lapisan lemak perut lebih mendalam terutama lemak yang mengelilingi organ-organ penting seperti hati.

Malah katanya, kesan sampingan turut wujud membabit prosedur yang boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada organ selain risiko kematian.

Jadi tegasnya, program gimnasium maya merupakan kaedah yang selamat dan mudah diamalkan.

“Sesetengah pusat rawatan laser gagal membukti mereka boleh merawat lapisan lemak perut yang lebih mendalam.

“Namun gimnasium maya akan memberi kesan kepada individu yang akan menjadi kurang bernafsu untuk makan selepas memulakan program kecergasan itu.

“Ini adalah kesan awal hasil daripada toksin yang dilepaskan daripada sel-sel lemak bersama-sama dengan asid lemak dan glycerol.

“Justeru, gimnasium maya menggunakan metabolisme lemak sebagai sumber tenaga untuk membina otot sambil menyahtoksin badan untuk meningkatkan metabolisme,” katanya.

Program gimnasium maya ini mempunyai 24 bentuk gelombang kompleks yang berfungsi pada semua lapisan badan.

Vikki memberitahu, tidak seperti rawatan laser dan radio frekuensi, gimnasium maya akan membakar lemak individu secara berperingkat.

Jelas beliau, pembakaran lemak perut dan di bawah lapisan badan diperlukan untuk tenaga bagi menghasilkan otot.

“Ini tidak berlaku dengan laser dan radiofrekuensi yang membakar lemak secara tidak sengaja dan membuang semua kandungan sel lemak ke dalam aliran darah sekali gus mengancam untuk menyumbat arteri kita.

“Namun tubuh badan yang menjalani proses gimnasium maya ini akan dicetuskan oleh gelombang kompleks unik yang digubah secara manual apatah mesin rawatan ini sudah dalam di pasaran sejak 27 tahun lalu dan menghasil rawatan berkelajuan tinggi,” katanya.

Sementara itu, gimnasium maya adalah teknologi yang paling maju yang pada asalnya dihasilkan di Universiti London oleh Gerry Pollockbersama  Pacemaker pertama.

Program gimnasium maya ini mempunyai 24 bentuk gelombang kompleks yang berfungsi pada semua lapisan badan.

Ketika ini, Ten Bioscience Studio adalah satu-satu pusat kecantikan memiliki mesin program gymnasium maya di negara ini.

Terletak di Jalan PJS 11/28 di Petaling Jaya bersebelahan Sunway Pyramid, ia memiliki pengalaman selama 10 tahun dalam rawatan, muka dan kulit.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian +0356211023 atau +0128056880. – MalaysiaGazette

+ posts