Home Seni Hidup Netizen kecam Aishah, Siti Nurhaliza hadiahkan kek

Netizen kecam Aishah, Siti Nurhaliza hadiahkan kek

Foto Instagram Aishah.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Aishah mendapat hadiah istimewa daripada penyanyi asal lagu, Aku Bidadari Syurgamu iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza walaupun menerima kecaman netizen yang tidak berpuas hati ketika dia mempersembahkan lagu itu pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 baru-baru ini.

Berkongsi di Instagram miliknya, Aishah menunjukkan hadiah kek serta berserta nota ucapan terima kasih daripada penyanyi berkenaan.

“Assalamualaikum Kak Aishah yang Siti hormati, Siti nak ucapkan terima kasih atas kesudian Kak Aishah menyanyikan lagu #ABS di SFMM tahun ini.

“Ini satu penghormatan buat Siti dan Siti ucapkan semoga Kak Aishah dapat memberikan persembahan terbaik seperti selalu. Siti sentiasa mendoakan Kak Aishah. Ikhlas, Siti Nurhaliza,” tulisnya.

Sementara itu, Aishah turut meluahkan rasa peliknya terutama sekali terhadap segelintir peminat yang fanatik.

Ujarnya, semasa Gegar Vaganza 4 (GV4) sebelum ini, dia perasan peminat yang adakalanya membuatkan perlakuan yang pelik menunjukkan sokongan kepada artis kesayangan sehingga sanggup memaki hamun artis lain.

“Sedangkan hubungan kami sesama artiste ok je… masa GV4 dulu pelik betul I baca komen-komen fans hentam artist lain untuk naikkan artist kesayangannya.

“Yang kelakarnya kami sesama artist ok je, group GV4 kami best sangat, boleh duduk makan sama, saling bertukar idea, bantu membantu. I banyak bertanya pasal vocal technique dari Hazami. Bergurau usik mengusik ok je,” ujarnya. – MalaysiaGazette