Sebanyak 1,884 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan sehingga jam 12 tengahari tadi, sekaligus mencatatkan jumlah harian yang tertinggi setakat ini.
Selangor merupakan negeri tertinggi yang mencatatkan jangkitan positif tertinggi iaitu 1,203 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah berkenaan Kluster Teratai merekodkan pertambahan tertinggi iaitu 1,067 kes.