Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) berkata pihaknya optimis Dasar Keusahawan Nasional (DKN) dapat menyumbang kepada 50 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara berakhir 2030. Jelas menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan sasaran itu tidak mustahil disebabkan sektor ini telah menyumbang 38 peratus daripada peratusan KDNK negara sebelum ini biarpun pandemik Covid-19 telah menyebabkan kemerosotan ekonomi di seluruh dunia kini.