Kerajaan akan memastikan kuaters yang akan dibina untuk pekerja asing dalam sektor pembinaan berdaya maju dan tidak membebankan kontraktor mahupun majikan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, sekiranya bayaran yang dikenakan terlalu tinggi, ia dikhuatiri membebankan kontraktor dalam penyediaan tempat tinggal pekerja asing.