KABUL – Dua letupan yang berlaku di tengah Afghanistan di wilayah Bamiyan mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang dan mencederakan 45 lagi.
Dua bom yang tersembunyi di pinggir jalan di bazar utama di kota Bamiyan, membunuh 12 orang awam dan dua anggota polis trafik, kata Zabardast Safai, ketua polis wilayah itu.
Manakala 45 orang lain yang cedera kebanyakannya dari restoran dan kedai berdekatan.
Letupan itu berlaku pada waktu puncak.
Puluhan negara sudah berjanji untuk menyalurkan bantuan berbilion dolar untuk Afghanistan pada persidangan di Geneva pada hari Selasa, dengan harapan rundingan damai yang baru-baru ini dimulakan antara pemerintah dan Taliban akan mengakhiri perang hampir dua dekad.
Bamiyan erupakan wilayah paling aman di negara ini kerana lokasinya yang terpencil di pergunungan tengah.
Puak tempatan yang dominan, Hazara, menentang Taliban – kebanyakannya etnik Pashtun yang membunuh ribuan Hazara semasa pemerintahan mereka.
Taliban, yang telah melakukan pemberontakan terhadap pemerintahan Kabul yang disokong negara asing sejak digulingkan pada akhir 2001, menafikan terlibat dalam pengeboman tersebut.
Hazara kebanyakannya adalah terdiri daripada Muslim Syiah.
Hampir 6,000 orang awam Afghanistan terbunuh atau cedera dalam sembilan bulan pertama tahun ini ketika pertempuran sengit antara pasukan pemerintah dan pemberontak Taliban terus berlaku walaupun ada usaha untuk mencari keamanan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – MalaysiaGazette