Home Nasional Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas loji minyak Saudi Aramco

Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas loji minyak Saudi Aramco

repatriation mission malaysians New Delhi Mumbai India Covid-19
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas ke atas kemudahan pengepaman air di Sinai, Mesir pada Sabtu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 terbunuh.

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan peluru berpandu yang menyasarkan loji kemudahan minyak Saudi Aramco di Jeddah, Arab Saudi pada Isnin.

Kementerian Luar berkata Malaysia menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Kerajaan Arab Saudi menentang sebarang ancaman atau serangan, yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan menjejaskan keamanan serta kestabilan di rantau ini.

“Malaysia menggesa semua pihak berhati-hati dan mengelak sebarang tindakan provokasi. Malaysia juga meminta konflik di Yaman diselesaikan secara damai menerusi rundingan dan dialog,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini

Media antarabangsa melaporkan pemberontak Houthi telah melancarkan roket yang menyasarkan stesen pengedaran minyak di Arab Saudi.

Kemudahan itu terletak di sebelah tenggara Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah, lapangan terbang utama yang mengendalikan perjalanan umat Islam ke Mekah untuk menunaikan ibadat umrah dan haji.- BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN:

Tangki bahan bakar Jeddah terbakar akibat serangan pengganas