KUALA LUMPUR – Argentina pada Rabu mengumumkan negara berkabung tiga hari atas kematian lagenda bola sepak Diego Armando Maradona, lapor agensi berita Xinhua.
“Presiden memutuskan seluruh negara akan berkabung tiga hari bermula dari hari kematiannya,” kata kenyataan Pejabat Presiden.
Lagenda bola sepak negara Argentina, Diego Maradona akan diberi penghormatan terakhir mengikut upacara pengebumian negara, kata Presiden Argentina, Alberto Fernandez.
Maradona meninggal dunia malam tadi akibat serangan jantung di kediamannya di daerah Tigre, utara Buenos Aires.
Bekas pemain dan jurulatih pasukan bola sepak Gimnasia y Esgrima La Plata itu pernah menjalani pembedahan selepas diserang strok pada awal November lalu.
Maradona menyambut hari lahirnya ke-60 pada 30 Oktober lalu..
Dia antara pemain terbaik sepanjang zaman dan bersama skuad kebangsaan Argentina ketika menjulang Piala Dunia pada 1986. – MalaysiaGazette