Home Dunia Bekas PM Sudan, Sadiq al-Mahdi meninggal dunia akibat Covid-19

Bekas PM Sudan, Sadiq al-Mahdi meninggal dunia akibat Covid-19

Sadiq al-Mahdi. foto Agensi

KHARTOUM – Bekas Perdana Menteri Sudan, Sadiq Al- Mahdi, meninggal dunia akibat jangkitan koronavirus selepas menjalani rawatan di hospital Emiriah Arab Bersatu (UAE) selama tiga minggu, menurut keluarganya .

Mahdi, 84, dipecat pada tahun 1989 dalam rampasan kuasa yang kemudiannya melantik bekas presiden, Omar al-Bashir sebagai Perdana Menteri.

Bulan lalu, keluarga Al-Mahdi dimaklumkan positif Covid-19 dan dipindahkan ke UAE untuk rawatan beberapa hari lalu selepas menerima rawatan di Sudan.

Dalam satu kenyataan, Parti Umma memaklumkan tarikh dan lokasi pengebumian Al-Mahdi akan dimaklumkan.

Al-Mahdi telah kembali ke Sudan pada Disember 2018, setelah dibuang negara selama setahun, ketika tunjuk perasaan yang berlaku memburukkan keadaan ekonomi.

Anak perempuannya, Cik Mariam Sadiq al-Mahdi, timbalan pemimpin Parti Umma, adalah antara mereka yang ditahan semasa demonstrasi. – MalaysiaGazette