KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengatakan beliau pernah cuba memberikan tanggungjawab sebagai Presiden UMNO kepada orang lain tetapi parti itu tidak menjadi ‘lebih baik’ ketika itu.
Katanya, suatu ketika beliau pernah mengambil ‘cuti’ selama enam bulan dan 12 hari dari jawatan berkenaan.
Akhirnya, menurut Ahmad Zahid, setelah melakukan solat Istikharah dan berbincang dengan rakan-rakan dalam parti, beliau mengambil keputusan untuk terus menerajui UMNO walaupun dalam keadaan serba kepayahan.
“Ketika itu saya merasakan seolah-olah bernafas dalam lumpur,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam wawancara khas program Owh!MG terbitan Malaysia Gazette semalam.
Menurut Ahmad Zahid, beliau mengambil tanggungjawab sebagai Presiden UMNO ketika parti itu berada dibawah dan ia bukanlah satu perkara yang mudah.
Mengenai kes mahkamah yang dihadapinya, Ahmad Zahid sekali lagi menegaskan yang ia adalah pertuduhan bermotifkan politik dan beliau nekad untuk membersihkan namanya melalui perbicaraan.
Ahmad Zahid juga menyatakan beliau bukanlah seorang pemimpin yang suka ‘mencantas’ biarpun jika ada mereka di dalam parti yang mahu ‘mencabar’ kerusi Presiden yang disandangnya.
“Tidak semua yang tidak bersetuju (dengan saya) boleh dianggap sebagai liabiliti, apapun jangan sampai parti kita diharamkan, jangan sampai kita ‘menendang’ semua orang yang tak bersetuju dengan kita sehingga nak tubuhkan parti baru.
“Dalam menghadapi cabaran dan tekanan, saya percaya pada qada dan qadar, kita mesti reda dengan apa yang datang kepada kita…Allah tidak akan datangkan ujian kepada hambanya jika hambanya tidak tahan dengan ujian itu.
“Masalah di dalam rumah, jangan dibawa ke pejabat…masalah di PWTC, jangan dibawa ke Country Height,” katanya yang merujuk di kawasan perumahannya di Kajang, Selangor sambil tersenyum. – MalaysiaGazette
Zahid kaki temberang
Pigidah, memang 80% dan kini sedang menanjak ke 99% ahli akar umbi UMNO kecewa dengan dia seorang tidak berwibawa menjadi Presiden yang dipilih hanya kerana kekanannya dan lakon wayang dia saja selama ini. SSILA LETAK JAWATAN PRESIDEN UMNO, BOLEH TAK?