“Saya hanya boleh menjanjikan bahawa semua Ahli Parlimen DAP akan pastikan bahawa mulai Isnin depan…….”The fight will go on”,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Katanya, bantahan serta penolakan terhadap peruntukan yang tidak dipersetujui akan dibuat di peringkat jawatankuasa kementerian masing-masing.
“Contohnya, kita akan minta undi belah bahagi untuk tolak belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana JASA merupakan agensi di bawah kementerian tersebut,” katanya.
Anthony berkata, jika semua Ahli Parlimen pembangkang bangun memohon undi belah bahagi dan menolak pada petang tadi, tentunya serangan daripada pihak Perikatan Nasional akan menyusul.
“Mereka akan tuduh Pakatan Harapan ingkar kepada nasihat Yang di-Pertuan Agong, tidak mahu gaji kakitangan awam dibayar, tidak menyokong bantuan kepada golongan B40, menyekat elaun hidup untuk petani dan nelayan.
“Mereka akan memainkan sentimen rakyat dengan pelbagai tuduhan tersebut,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, Rang Undang-undang Perbekalan 2021 hanya lulus peringkat bacaan kedua atau di peringkat dasar.
Mulai Isnin depan, perbahasan akan masuk peringkat Jawatankuasa di mana perbelanjaan untuk setiap kementerian perlu dibahaskan secara terperinci dan diluluskan.
“Mulai Isnin depan, setiap hari ada peluang untuk undi belah bahagi dipanggil oleh sekurang-kurangnya 15 Ahli Parlimen,” katanya.
— MalaysiaGazette
tidak menolak semua bahagian. bodoh bangang…. kalau islam dia ada fakta muktamad. kalau kafir terpulang lah. sekerat halal sekerat haram islam kira semua haram. walau satu sen harta haram dicampur dalam hasil halal. semua dikira haram. berbeza pendapat lain. sebahgian belanjauan baik sebahgian tak baik. ia baik semuanya. itu bagus bagi kamu. oleh itu tak perlu tolak lagi.
Halal haram sepenuh sebahagian… kamu ke mana ni ngok