KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO bersedia menjadi mata, mulut dan telinga rakyat untut terus bersuara menyampaikan denyut nadi dan suara hati rakyat.
Ia susulan keputusan terbaharu Kerajaan kelmarin untuk membenarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP sehingga RM10,000 dengan melonggarkan syarat-syarat yang ditetapkan sebelum ini.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi berkata, pihaknya memohon semua pihak dapat menyampaikan sebarang kesulitan sekiranya masih sukar untuk mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 1 KWSP sebagaimana dipersetujui dalam Ucapan Penggulungan Belanjawan 2021 baru-baru ini.
”Berkongsilah dengan kami melalui facebook ini atau whatsapp dan hubungi nombor khas berikut 013-7354116 atau 013-7354117.
“Kami sedia memantau,” katanya. – MalaysiaGazette
Kalau sukar cari duit 1MDB cari sapeee?????