Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menuntut pimpinan parti agar memberikan kuota sebanyak 30 peratus kepada calon wanita untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Ketuanya, Datuk Seri Rina Harun berkata, beliau akan memastikan kuota itu ditunaikan dan calon-calon wanita nanti akan diberi kawasan strategik untuk menang, bukan diletakkan di kawasan asal muat.