GOMBAK – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata sebolehnya kerajaan mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Namun katanya, ia tidak dapat dilaksanakan kerana penularan Covid-19 yang memberi kesan kepada negara.
“Kalau boleh kami nak menyerahkan mandat ini kepada rakyat sebelum ini pun. Kalau boleh mungkin bulan lalu, atau pun minggu lepas tapi suasana tidak mengizinkan untuk kita mengadakan PRU.”