ANKARA – Turki telah melakukan ujian peluru bepandu udara-ke-udara pertamanya, kata Naib Presiden negara itu
“Ujian sistem peluru berpandu udara-ke-udara nasional pertama, Goktug, telah dilakukan dan pengeluaran pertama peluru berpandu laut, ATMACA telah bermula,” kata Fuat Okyat kepada Jawatankuasa Parlimen Perancangan dan Belanjawan.
Turki juga terus menghasil, menghantar dan mengeksport peralatan ketenteraan dengan peluru mini pintar, tambah Oktay seperti dipetik agensi Anadolu.
Beliau berkata, industri pertahanan Turki mencatatkan perolehan sebanyak AS$11 bilion pada 2019.
“Eksport mencecah AS$3 bilion dan bilangan projek pertahanan yang dilaksanakan melebih 700,” tambah beliau.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sebelum ini berikrar intuk meningkatkan industri pertahanan negaranya.
“Kami tidak boleh berkompromi produk daripada luar negara apabila kami boleh menghasilkannya sendiri,” kata Erdogan. – MalaysiaGazette
malaysia bila lagi nak buat peluru berpandu? ??? . pemimpin asyik berebut kuasa. asyik penuh poket sendiri.