Home Sukan Cavani masih berbisa

Cavani masih berbisa

Edinson Cavani.

LONDON – Walaupun masuk sebagai pemain gantian, Edinson Cavani menjadi wira Manchester United apabila meledak dua untuk membantu Red DevilsĀ menang 3-2 ke atas Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

United mempamerkan kebangkitan luar biasa selepasĀ  ketinggalan 0-2 sebelum menang menerusi dua jaringan Cavani, selain satu gol Bruno Fernandes.

Southampton mendahului 1-0 menerusi Jan Bednarek sebelum James Ward-Prowse menggandakan jaringan menerusi sepakan percuma.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer kembali merapatkan jaringan sebelum Cavani menanduk masuk gol kemenangan ketika masa kecederaan.

Bintang Uruguay berusia 33 tahun itu yang dibawa masuk dari bangku simpanan selepas pasukannya ketinggalan 2-0, membantu United dengan mengumpan buat Fernandes bagi gol pertama sebelum meledak dua gol lewat menerusi tandukan.

United kini mendaki ke tangga ketujuh liga, dua mata daripada kelompok empat terbaik. – MalaysiaGazette