Home Nasional Covid-19: Kerajaan rancang beri peruntukan kepada media

Covid-19: Kerajaan rancang beri peruntukan kepada media

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam perancangan untuk menyalurkan peruntukan kepada agensi-agensi media yang turut berdepan pandemik Covid-19.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam perancangan untuk menyalurkan peruntukan kepada agensi-agensi media yang turut berdepan pandemik Covid-19.

Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, pengamal media dan wartawan juga merupakan barisan hadapan yang berdepan secara langsung dengan wabak Covid-19.

“NADMA sentiasa mengkaji keterangkuman pihak yang lain ataupun individu lain yang secara langsung melibatkan diri dengan kawasan bencana.

“Contohnya, pihak media yang berhubung terus dengan kawasan bencana dan mereka ini kita sedang memberikan perhatian untuk kita angkat dan diberikan kelulusan peruntukan kepada mereka.

“Mereka ini kita sedang memberikan perhatian untuk kita angkat dan diberikan kelulusan untuk peruntukan kepada mereka,” katanya ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021.

Semasa pandemik Covid-19 melanda negara, golongan barisan hadapan seperti anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebanyak RM200 sebulan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lalu berkata, elaun khas itu diberikan secara langsung melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Selain golongan itu, kerajaan turut menambah elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan yang terbabit dalam pengurusan Covid-19, daripada RM400 kepada RM600 sebulan. – MalaysiaGazette