Home Nasional Sidang Dewan Rakyat lanjut sejam

Sidang Dewan Rakyat lanjut sejam

full scale MCO Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. parliament sitting Malaysia
Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020.
KUALA LUMPUR: Tempoh waktu sidang Dewan Rakyat akan dilanjutkan sejam sehingga pukul 3 petang. Usul melanjutkan sidang itu diluluskan sebulat suara selepas dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan mengikut peraturan Mesyuarat 12(1).
Dewan Rakyat bersidang bermula 10 pagi hingga 2 petang sejak 9 November lalu.
Keputusan tersebut dibuat berdasarkan Mesyuarat Penyelarasan Urusan Dewan Rakyat berikutan penularan Covid-19 dengan persetujuan semua Ketua Whip.
Sementara itu, Rang Undang-undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2020 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
RUU berkenaan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan bacaan kedua akan dibuat pada sidang kali ini. – MalaysiaGazette