KUALA LUMPUR – Spekulasi penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang hamil anak kedua terus berlarutan sejak dia mengambil keputusan berehat awal tahun ini.
Apatah lagi sebelum ini, foto penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu hamil itu tular selepas bergambar bersama seorang doktor selebriti yang dimuat naik dalam akaun media sosial.
Terbaharu, bekas isteri suaminya, Datuk Seri Khalid, Datin Tengku Zawyah Tengku Izham telah memuat naik foto keluarga ketika menyambut ulang tahun kelahiran menantu, Alyssa Hisham.
Majlis yang diadakan di sebuah restoran itu membuat netizen kembali memperkatakan tentang penampilan terbaharu penyanyi kesayangan ramai itu.
Siti kelihatan lebih berseri dan sedikit berisi dengan bentuk badan yang seakan mempunyai baby bump.
Bagaimanapun, sehingga kini belum ada pengesahan mengenai berita kehamilan itu oleh Siti.
Terdahulu, Siti dan Khalid dikurniakan anak perempuan Siti Aafiyah pada tahun 2018 melalui persenyawaan in-vitro (IVF).
Selepas Siti Aafiyah kini berusia dua tahun, pada bulan Februari lalu , Siti mengaku akan kembali menjalani rawatan IVF dalam usahanya memperoleh zuriat kedua. – MalaysiaGazette