
TOKYO – Universal Studios Japan akan membuka kawasan bertemakan Nintendo di taman temanya di Osaka pada 4 Februari depan.
Menurut taman tema tersebut, kawasan bertemakan Nintendo itu akhirnya akan dibuka selepas tertangguh akibat penularan pandemik Covid-19.
Kawasan Super Nintendo World akan menampilkan perlumbaan Mario Kart dan tarikan-tarikan lain berasaskan permainan Nintendo.
Super Nintendo World pada asalnya dijadualkan dibuka serentak dengan Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagaimanapun terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik.
Universal Studios Japan dimiliki oleh Comcast Corp. – Agensi