Seorang bapa tiga anak didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang operator kilang di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).
Tertuduh Hoi Yew Seng, 41, yang merupakan seorang jurujual bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.