KUALA LUMPUR – Personaliti media sosial, Nizam Rahman meluahkan rasa kecewa selepas ditegur secara terbuka oleh dua individu di sebuah stesen televisyen di ibu negara hari ini.
Menerusi video di Instagram miliknya, Nizam atau nama sebenarnya, Hairul Nizam Abdul Rahman mengakui dia berpakaian seperti seorang wanita kerana baru sahaja selesai menjalani sesi penggambaran.
Namun kata Nizam, 30, dia merancang untuk menukar pakaiannya sebaik tiba di stesen televisyen tersebut.
Bagaimanapun, ketika masuk ke premis berkenaan, dia dan pembantunya didatangi oleh dua orang individu yang tidak dikenali yang menegur etika pakaiannya secara tiba-tiba.
Jelas Nizam, dia berasa kesal dan terkejut kerana individu tersebut telah menggelarkannya sebagai pondan dengan nada suara yang tinggi.
Sebelum itu, mereka bertanya mengenai tujuaannya hadir ke stesen itu dan mempersoalkan penampilan Nizam yang hadir berkebaya lengkap berambut palsu yang ketika itu sedang melakukan live di Facebook (FB).
“Lain kali janganlah panggil saya pondan. Assalamualaikum takda. Eh kurang ajar siot dia panggil pondan. Kurang ajarnya, terperanjat aku,” kata Nizam sambil berlalu pergi.
Nizam dilihat mengenakan persalinan lengkap berbaju Melayu ketika sesi promosi bersiaran secara langsung di kaca televisyen.
Tidak mahu membiarkan isu tersebut berpanjangan, Nizam yang terkilan dengan insiden itu memohon maaf sambil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku sejurus program tersebut selesai.
“Aduhai kecoh betul pagi tadi. Macam ini lah, alang-alang sudah viral biar saya terangkan. Ada yang kecam saya tak hormat sebuah stesen TV sebab berpakaian wanita.
“Saya tak adalah bodoh mana atau hilang akal berpakaian wanita nak masuk TV! Kalau TV komersil pun tak boleh drag, apa lagi TV stesen yang ketengahkan piawaian syariah macam TV Alhijrah.
“Memang taklah nak langgar macam itu kan? Saya masuk slot iklan pun sebab nak promosikan Serangup, itu sahaja,” tulisnya.
Nizam pada masa sama turut mendedahkan dia memang merancang untuk tukar pada sejurus sampai ke stesen TV berkenaan.
“Saya masih tahu peraturan malah mungkin ramai tak tahu saya sendiri pernah praktikal di sebuah stesen TV swasta. Jadi saya tahu, macam mana nak beradab.
“Masalah timbul bila ada dua hamba Allah yang tiba-tiba sound kenapa berpakaian wanit. Nak tegur tapi marah-marah, cakaplah elok-elok apa salahnya.
“Atau atau tanya dulu sebelum sembur. Itu yang saya saja lorat balik dengan diaorang. Nasib baik bukan staf TV Alhijrah atau staf JAWI.
“Saya memang rancang nak tukar baju masa sampai sana, kawan siap pegang baju lagi. Saya pakai macam tu sebab dari satu shooting untuk sebuah produk dan habis lewat sekitar 6 pagi.
“Saya hanya dua hari di KL, jadi terpaksa manfaatkan masa yang ada dan macam biasa, ada sesetengah klien nak saya bawa karakter Mona.
“Lepas habis shooting saya terus rushing ke TV Alhijrah untuk menjalani program Assalamualaikum Biz untuk promo Serangup.
“Memandangkan pertama kali ke sana, sajalah buat live nak bagitahu pada followers untuk tonton Assalamualaikum Biz.Tak sangka pepagi buta kena maki!
“Apapun saya minta maaf bagi sesiapa pun yang tersinggung. Semua ini hanya salah faham,” jelasnya yang turut memberi ruang buat pengikutnya untuk mendapatkan Iphone 12 secara percuma.
“Kesempatan ini, saya nak umumkan jugalah pada followers yang nak menangi hadiah iPhone 12 dan wang tunai berjumlah RM1,000, korang boleh sertai #serangupdancechallenge menggunakan jingle Serangup yang sangat catchy.
“Siapa yang paling kreatif dan menari tik tok paling best akan dipilih sebagai pemenang. Sekali lagi, Nizam mohon maaf atas kekecohan yang berlaku hari ini,” jelasnya panjang lebar dalam satu kenyataan.
Nizam dikenali ramai kerana sering kali melakukan video parodi dan lucu di laman Instagram nya selain turut terkenal dengan watak seorang perempuan, Ramona. – MalaysiaGazette