Home Seni Hidup Tidak berniat bolot harta anak, AR Badul hanya mahu hak sebagai bapa

Tidak berniat bolot harta anak, AR Badul hanya mahu hak sebagai bapa

AR Badul.-pix FB

KUALA LUMPUR – Selepas lebih setahun anaknya meninggal dunia dalam kejadian pilu akibat tertembak, pelakon dan pelawak veteran AR Badul mengakui hubungannya dengan Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak begitu rapat.

Namun, dia kecewa apabila hubungan renggang antara dia dan arwah dijadikan sebagai alasan haknya sebagai bapa dinafikan sehingga dia tidak menerima apa-apa pampasan daripada peninggalan harta anak lelakinya.

“Apabila terjadi perkara begini (kematian anak), pihak bekas isteri mengatakan saya tidak ambil tahu tentang anak. Tapi saya bapa dia..

“Pihak ATM (Angkatan Tentera Malaysia) juga tak beri apa-apa kepada saya, katanya saya tidak layak. Malah, insurans pun kata saya tak layak,” katanya.

Tidak berniat untuk membolot harta peninggalan arwah, Badul sebaliknya berkata, hanya sekadar mahu kewujudannya sebagai bapa kandung diberi perhatian dan haknya sebagai seorang bapa.

“Bukan nak duit tu, tapi hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi berkaitan hak ayah. Macam disekat, konon saya tak ambil tahu pasal anak sejak kecil.

“Mungkin banyak cerita buruk saya tentang anak-anak diceritakan. Pihak sana katakan dia yang jadikan anak menjadi manusia, kata dialah,”tambahnya.

Dalam pada itu, Badul berkata, dia pernah mendesak supaya inkues diadakan bagi mencari punca kematian anaknya itu namun menarik balik hasrat berkenaan demi masa depan tiga orang cucunya.

“Mereka katakan kalau saya nak buat inkues, anak-anak dia akan kehilangan hak. Jadi selepas saya memikirkan hal itu, saya tarik balik permintaan untuk inkues.

“Tapi yang saya nak sekarang ialah sebagai bapa, dia larang saya untuk mendapatkan segala-galanya, dengan siapa nak minta tolong pun tak tahu,” katanya.

Allahyarham Mejar Mohd. Zahir merupakan pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas dilaporkan meninggal dunia selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. “Apabila terjadi perkara begini (kematian anak), pihak bekas isteri mengatakan saya tidak ambil tahu tentang anak. Tapi saya bapa dia..”

    on da paper…:)

Comments are closed.