Home Pendapat Kesepakatan dalam menolak Belanjawan 2021

Kesepakatan dalam menolak Belanjawan 2021

Mahfuz Omar antara yang berdiri menyatakan sokongannya untuk undian belah bahagi dilaksanakan.

PAKATAN Harapan (PH) yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dilihat gagal dalam menolak Belanjawan 2021 setelah tujuh kementerian telah diluluskan peruntukkan melalui undian suara atau belah bahagi dan terdapat beberapa lagi kementerian yang akan dibahaskan di dewan rakyat.

Kegagalan ini berpunca daripada sikap sebahagian daripada Ahli Parlimen pembangkang itu sendiri yang dilihat kurang menunjukkan kesetiaan dan kesepakatan dalam menolak belanjawan yang dikatakan banyak kelompongan.

Ahli-ahli daripada parti komponen PH mula menunjukkan sikap tidak berpuas hati apabila undian belah bahagi pertama di peringkat dasar pada 26 Novomber yang lalu tidak mendapat sambutan daripada pembangkang sendiri.

Undi belah bahagi yang diminta untuk diadakan dicadangkan oleh YB Mahfuz Omar (Amanah) dan disambut oleh beberapa termasuklah mereka daripada parti Pejuang.

Malangnya, 15 orang yang diperlukan untuk melakukan undi belah bahagi gagal diperolehi apabila 13 orang sahaja yang berdiri untuk diadakan undian. Atas sebab itu, PH dilihat gagal dalam mencapai kesepakatan dalam melaksanakan sesuatu langkah atau perancangan.

Kejadian ini telah menyebabkan Anwar mula diserang oleh beberapa orang pihak bukan sahaja daripada pihak musuh,tetapi juga daripada rakan-rakan seperjuangannya sendiri.

Arahan yang dikeluarkan Anwar Ibrahim pada saat akhir supaya undi belah bahagi tidak diadakan adalah disebabkan persetujuan beliau atas pengumuman insentif baru yang diumumkan oleh Menteri Kewangan yang dilihat melakukan sedikit penambahbaikan pada Belanjawan2021 dan patuh kepada titah Yang di-Pertuan Agong supaya belanjawan ini disokong.

Beliau sendiri beranggapan penolakkan belanjawan ini dapat dilakukan diperingkat perbahasan jawatankuasa kementerian yang dilihat berlaku sedikit kecelaan seperti peruntukkan RM85.5 juta untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dikatakan berfungsi sebagai unit propaganda kerajaan dan RM8 juta untuk Penggerak Komuniti Tempatan yang dikaitkan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu YB Zuraida Kamaruddin.

Tanggungjawab dalam menolak dan menentang Belanjawan2021 ini bukan hanya terletak diatas bahu Anwar sahaja selaku Ketua Pembangkang. Sebagai pembangkang yang berfungsi dalam semak dan imbang di dewan rakyat,nilai kesepakatan perlu dicari melalui perbincangan dengan setiap parti pembangkang dan membuat satu keputusan secara kolektif.

PKR, DAP, Amanah, Pejuang, Warisan dan beberapa lagi Ahli Parlimen pembangkang diblok bebas perlu bersatu hati mencari kesepakatan bersama demi mengembalikan semula mandat rakyat yang dirampas oleh Perikatan Nasional dan memastikan Belanjawan 2021 ini lebih mengutamakan soal kesejahteraan rakyat,kelangsungan ekonomi dan keselamatan kesihatan yang menjamin kehidupan rakyat.

Muhammad Azha Salahudin
Angkatan Muda Keadilan
Cabang Setiawangsa