KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhamad Sanusi Md Nor berhubung perobohan kuil di Kuala Kedah yang berusia lebih 30 tahun mengundang rasa tidak senang.
Walaupun ia dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang memandangkan kuil Sri Muniswaran itu telah dibina di atas tanah bukan milik mereka namun cara Menteri Besar mengendalikan isu tersebut mengecewakan, kata Presiden Makkal Sakthi, Datuk RS Thanenthiran.
“Bukan saya hendak berpihak kepada sesiapa mahupun menuding jari sama sekali tetapi hakikatnya ini keluarkan kenyataan MIC perlu diharamkan kerana cuba berjuang isu kuil oleh Menteri Besar sebenarnya melampau dan terlanjur. Ingat ya, terlajak perahu boleh diundur tapi kata-kata, susah.
“Memang sejak dulu MIC lantang dalam isu-isu membabitkan kepentingan masyarakat India, walaupun saya dari parti berlainan tapi pada masa sama pendapat saya ini tidak betul dan tidak sepatutnya berlaku.
“Jadi mengapa kerana bersuara atau menyoal itu perlu menyebabkan parti itu diharamkan walhal hubungan antara parti-parti dalam PN ini harmoni termasuklah antara Pas dan MIC, mungkin duduk berunding lebih baik?
“Saya percaya MB lebih arif dan sedia maklum MIC sudah wujud lebih 60 tahun, anda mungkin tidak lahir lagi ketika itu. MIC adalah antara parti dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan, mereka juga sedia maklum tentang perlembagaan.
“Janganlah ugut atau menghina MIC seperti itu, pastinya itu tidak betul dan profesional. Anda mungkin ada macam-macam pengalaman bekerja di Kedah tapi sangat jelas apabila menjadi MB, anda seperti tidak tahu pula bagaimana tangani masalah rakyat secara keseluruhan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Thanenthiran mengulas pergeseran antara MIC dan Muhamad Sanusi berhubung perobohan kuil Sri Raja Muniswaran yang berusia 30 tahun itu dirobohkan selepas tapak tersebut yang dimiliki kerajaan negeri mahu dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Kuala Kedah pada 1 Disember lalu.
Kata Thannethiran lagi, luahan Muhamad Sanusi sudah terlanjur walaupun hakikatnya parti Pas sering lantang bercakap tentang kebebasan beragama serta jaminan menjaga hak-hak bukan Islam akan tetap dihormati dalam apa jua keadaan.
“Insiden ini seperti tidak kena tempatnya atau kenyataan-kenyataan pimpinan tertinggi Pas sebelum ini. Saya ulang, saya bukan hendak mempertahankan MIC tapi ini bukanlah caranya.
“MB harus berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, beliau adalah MB yang baharu, baru dapat kuasa tetapi ingatlah setiap orang mempunyai hak mengeluarkan pandangan atau menyuarakan pendirian mereka,” ujarnya.
Kelmarin Muhammad Sanusi menuduh MIC sebuah parti politik yang menghasut rakyat untuk melanggar undang-undang dan sepatutnya diharamkan ketika ini.
Bagaimanapun kenyataan Muhamad Sanusi itu dibalas oleh Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran sebagai tidak matang sehingga dan memberi amaran partinya tidak akan sesekali berganjak dari terus bersuara untuk kepentingan masyarakat India walaupun terpaksa hilang sokongan Pas. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Ini bukan isu tentang kebebasan beragama serta jaminan menjaga hak-hak bukan Islam! Ini isu membina struktur2 diatas tanah2 yang diceroboh, bukan hak, sama seperti rumah2 rakyat, kilang2 yang di robohkan di Selangor?
Diatas nama keamanan, mana2 pihak yang tidak berpuas hati eloklah membawa perkara ini kemahkamah. Biarlah mahkamah tentukan!
lain kali jgn main buat jer….guna otak sikitlh sikit