Home Ekonomi realme Ungguli Jenama Terpantas Berkembang di Dunia, Nombor 2 Bagi Pasaran Telefon...

realme Ungguli Jenama Terpantas Berkembang di Dunia, Nombor 2 Bagi Pasaran Telefon Pintar Malaysia

KUALA LUMPUR – realme, yang baru sahaja mencapai status jenama telefon pintar paling pantas berkembang di dunia, turut merekodkan pertumbuhan 50 peratus dalam pasaran Malaysia pada suku ketiga tahun ini.

Menurut laporan statistik Counterpoint’s Suku Ketiga 2020, realme telah menjadi jenama telefon pintar terpantas dunia mencapai 50 juta jualan telefon bimbit, dengan kenaikan 132 peratus QoQ dan 45 peratus YoY pada suku ketiga tahun ini.

Sekaligus merekodkan sejarah peningkatan pada penghantaran sukuan sebanyak 14.8 juta pada tempoh sama.

Kadar pertumbuhan realme dalam jumlah penghantaran itu mewakili momentum perkembangan kukuh dalam segmen pengeluaran produk tulen (OEM) global utama.

Menurut sumber yang sama, realme Malaysia dengan peningkatan 50 peratus QoQ telah meletakkan jenama tersebut pada kedudukan kedua teratas di negara ini berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain.

“Menurut laporan e-Conomy 2020 yang dilancarkan oleh Google, Bain dan Temasek baru-baru ini, lebih satu dalam tiga pengguna perkhidmatan digital adalah baharu disebabkan pandemik.

“Oleh itu, kami menjangkakan ekonomi Internet Malaysia berkembang tiga kali ganda kepada $30 bilion pada tahun 2025.

”Kesaling hubungan mudah alih ini akan memainkan peranan penting untuk trajektori ekonomi negara dan saya gembira melihat realme Malaysia menjadi pemboleh penting dalam ekosistem ini,” kata Pengarah Urusan Google Malaysia, Marc Woo.

Tambahnya, pada bulan September dan Oktober, telefon bimbit realme adalah salah satu daripada 10 carian tertinggi Google di Malaysia.

Bukan itu sahaja pencapaian realme Malaysia, malah dalam festival beli-belah Lazada, produk ‘realme by narzo’ merekod pencapaian mengagumkan apabila siri realme narzo 20 berada pada kedudukan jualan terbaik telefon pintar Lazada 2020 (1 Januari-11 November) dan siri jualan terbaik telefon pintar di Lazada pada tahun ini untuk tempoh yang sama.

realme juga mendapat hasil luar biasa di Shopee apabila pertumbuhan penjualannya meningkat 5053% tahun ini berbanding penjualan Double 11 pada tahun 2019.

Selain Asia Tenggara, realme telah memasuki 61 pasaran di seluruh dunia termasuk China, Asia Selatan, Eropah, Rusia, Australia, Asia Barat dan Afrika.

Pencapaian realme ini cukup luar biasa kerana telah melepasi momentum dan jangkaan para penganalisis pasaran – bersesuaian dengan slogannya Dare to Leap (Berani Melonjak) ketika keadaan ekonomi dunia getir akibat kesan pandemik Covid-19.

Kejayaan yang dikecapi realme ini hasil daripada kemampuan teknologi canggih pada rekaan telefon pintar mampu milik dan strategi pemasaran yang ‘cool’ untuk mempengaruhi segmen pengguna sasarannya.

Trendsetting ini telah menyumbang kepada pembinaan kepercayaan pelanggan dan kesedaran tentang jenama realme.

Dalam masa terdekat ini, realme 7 5G bakal berada dalam pasaran Malaysia.

— MalaysiaGazette