Home Politik Saya masih Menteri Besar sehingga Sultan cari pengganti

Saya masih Menteri Besar sehingga Sultan cari pengganti

Ahmad Faizal Azumu

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan terus mentadbir kerajaan negeri sehingga Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mengumumkan penggantinya.

Menteri Besar Perak itu berkata, beliau selesai bertemu dengan Sultan Nazrin secara empat mata petang ini dan memaklumkan agar baginda perlu mengadakan beberapa pertemuan.

“Saya maklumkan kepada baginda, perlu buat beberapa pertemuan sehingga ada keputusan untuk memilih seorang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mempunyai (sokongan) majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu.

“Untuk sementara waktu ini, saya akan terus mentadbir kerajaan negeri sebagai Menteri Besar, sehingga baginda membuat keputusan,” katanya kepada media di Ipoh, hari ini.

Ahmad Faizal menerima kejutan dari ADUN Perak yang mengemukakan usul undi percaya terhadap beliau dengan 48 undi tidak bersetuju, 10 bersetuju dan satu berkecuali.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu kemudian meminta rakyat Perak agar bersabar dengan apa yang berlaku dan berharap keadaan politik di Perak segera reda serta berjalan lancar.

Mengenai pertemuannya dengan Sultan Nazrin, Ahmad Faizal berkata, hanya beliau berdua dengan baginda dalam pertemuan itu, manakala Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang berada di luar bilik.

Beliau bagaimanapun mengakui terasa hati dengan UMNO Perak kerana mengemukakan usul undi percaya tanpa berbincang dengannya atau rakan komponen Perikatan Nasional (PN).

“Mungkinlah bila hari ini mereka ambil tindakan seperti pagi tadi (buat usul undi percaya pada sesi awal persidangan DUN) tanpa berbincang dengan rakan lain.

“Tentunya kami sebagai contoh, rakan dari Bersatu berasa hati sikit. Tetapi, saya yakin hubungan UMNO dengan Bersatu di peringkat pusat masih utuh,” katanya.

Beliau juga berharap PN Perak tidak berpecah selepas tidak lagi mengetuai kerajaan negeri selepas ini.

Ditanya pendirian Pas untuk tidak akan menyertai kerajaan baharu, Ahmad Faizal berkata, jika sesebuah parti mengambil keputusan yang hanya mementingkan diri, sudah tentu tidak akan mendatangkan keuntungan kepada PN. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. pemimpin umno dah mula buat2 xtau apa2.smpai sekarang semua adun umno diam. alasan tukar mb sbb mb skrg jual tanah sawit.BN jela y boleh jual tanah? bg la apa2 alasan.rakyat makin nmpk perangai jahat umno y ditutup.org menipu xselamanya blh lari. org2 y susah, y kerja gaji setakat 3-4k xperlu la nk sokong umno ni. tgk GPS sarawak.keluar je dr BN mcm2 blh buat.bangun negeri dengan rancak. agak2 kalau masih bawah BN, akan ade x syarikat petros?agak2 akan ade x train bumi hijau pertama kt malaysia ni? SABAH brpuluh tahun bawah BN masih lg xade jalan raya.masih lg. xade line. bwh pn ni bru nmpk penambahan pencawang baru.62 pencawang baru akan dibina.xsmpai setahun perintah.BN?60 tahun apa buat?xbt ape.

  2. ko peja ppbm umpama melepas anjing tersepit…skrng anjing tu gigit ko balik….dulu ko khianat skrng ko rasa pulak mcmana yg orng rasa…packing stnby klur dri kediaman rasmilah…kasihannnn

Comments are closed.