PETALING JAYA- Seorang gadis yang menghadapi masalah obesiti, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, hari ini menuntut pampasan ratusan ribu rinngit daripada seorang usahawan kosmetik selepas mendakwa beliau dimanipulasi dan dieksploitasi.
Kisah gadis berusia 23 tahun yang lebih dikenali sebagai Wani Comel itu yang beratnya pernah mencecah 300 kilogram (kg) seperti yang tular sebelum ini mendakwa kontrak sebagai duta produk kurus yang ditandatangani pada September 2019 hanya memberi keuntungan kepada sebelah pihak sahaja.