Home Politik Bersatu pecah rekod lagi

Bersatu pecah rekod lagi

Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – UMNO tidak boleh dipersalahkan dengan apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak semalam.

Ini kerana, UMNO sudah membuktikan setiakawan dua kali, tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Ia termasuk memberi laluan kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjadi Menteri Besar (MB) Perak semasa Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional (PN) memerintah.

”Tapi apabila pentadbiran kerajaan negeri dan hubungan dengan Istana tambah teruk maka terimalah padahnya.

”Semuanya berlaku secara demokratik dan sah. Diputuskan oleh Dewan Undangan Negeri. Pertukaran hanya untuk jawatan MB,” katanya.

Mohd Puad menambah, Pas mesti terbuka dengan apa yang berlaku sebagaimana UMNO terbuka apabila Pas menyertai PN secara rasmi.

Meskipun begitu, katanya, kerjasama politik UMNO-Pas mesti dipertahankan.

“PPBM (Bersatu) memang pecah rekod lagi. Pertama kali MB hilang jawatan melalui “usul undi percaya”. Rupanya tidak dipercayai,” ujarnya. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts

3 Komen

  1. Meluat pulak ngan mat puad ni. Baru nampak muka sejak2 PRU15 dah nak dekat ni. Mintak2 la pengundi kawsan dia tolak dia pasni. Cakap banyak tp kerja tarak. Kerja dia menganjing org lain saja.

Comments are closed.