Home Utama Bayi pemain JDT maut kemalangan jalan raya

Bayi pemain JDT maut kemalangan jalan raya

Anak lelaki berusia 22 hari  pemain JDT, Muhammad Syafiq Ahmad antara yang terkorban dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap dekat Nibong Tebal awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR- Anak lelaki berusia 22 hari  pemain JDT, Muhammad Syafiq Ahmad antara yang terkorban dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap dekat Nibong Tebal awal pagi tadi.

Dalam kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu, turut maut ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dipercayai emak mertuanya dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Muhammad Syafiq Ahmad

Dalam kejadian itu, Muhammad Syafiq, 25, dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, cedera ringan namun isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, cedera parah.

Beliau dikatakan dalam perjalanan pulang ke Pendang bersama ahli keluarga. Kemalangan menyebabkan keadaan trafik sesak.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.

Sebaik sahaja tiba, katanya, sebuah kereta pelbagai guna jenis Toyota Vellfire berwarna hitam didapati remuk teruk selepas dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Terdapat enam mangsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu. Pasukan bomba kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya kepads pemberita di sini.

Menurut beliau, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 6.10 pagi.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambah beliau, operasi yang dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap itu ditamatkan kira-kira pukul 6.12 pagi.- MalaysiaGazette