KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada pemain bola sepak kebangsaan, Syafiq Ahmad yang telah kehilangan anak lelaki dan ibu mentuanya selepas mereka terbabit dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Sungai Bakap, Pulau Pinang, awal pagi tadi.
Dalam kejadian itu, Syafiq, 25, dan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Aaira Nur Safiyya mengalami cedera ringan.
Bagaimanapun isterinya, Nor Amalina Norain, 25, mengalami cedera parah.
“Kami mendoakan semoga isterinya diberikan kesembuhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara, anak lelakinya yang baru lahir pada 14 November lalu, Muhammad Aisy Saqeef; ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an telah meninggal dunia di tempat kejadian.
“Semoga Allah mengampuni dosa dan mencucuri rahmat ke atas roh mereka serta meringankan musibah Syafiq seisi keluarga. Al-Fatihah,” kata FAM.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Bayi pemain JDT maut kemalangan jalan raya )(malaysiagazette.com