Home Seni Hidup Sultan Johor kurnia cincin khas kepada kakitangan istananya

Sultan Johor kurnia cincin khas kepada kakitangan istananya

128877239_1724082524425100_7531950195318684920_o-640x427
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan cincin khas sebagai kenangan buat kakitangan istananya.

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan cincin khas sebagai kenangan buat kakitangan istananya.

Baginda mendapat ilham itu melalui hobi baharu baginda iaitu membuat batu cincin daripada sejenis spesies siput.

“Almarhumah bonda saya pernah kurniakan satu cincin sebegini ketika saya muda dan kini saya turunkan ia kepada (DYAM) Tunku Mahkota.

“Beberapa ketika dahulu, saya terjumpa siput yang sama dihidangkan dalam santapan saya, jadi saya telah mendapat batunya dan mengilatkannya sendiri. Lalu saya fikir ini boleh menjadi satu cenderahati yang sangat bermakna untuk kakitangan saya,” titahnya seperti dipetik dari Facebook Royal Press Office hari ini.

Batu-batu untuk setiap kakitangan telah dipilih dan digilap sendiri oleh baginda sebelum dibentuk oleh tukang emas peribadinya.

Baginda juga bercadang untuk menggunakan batu-batu berkenaan sebagai perhiasan kancing Baju Melayu, cufflink dan pin tali leher baginda.- MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts

1 Komen

Comments are closed.