Home Nasional 487 individu ingkar PKP, 25 PATI ditahan – Ismail Sabri

487 individu ingkar PKP, 25 PATI ditahan – Ismail Sabri

Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menahan seramai 487 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setakat semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 470 individu telah dikompaun manakala 17 individu pula direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (205), aktiviti pusat hiburan (94), tidak memakai pelitup muka (77), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (59), dan lain-lain (52),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, PDRM bersama agensi penguat kuasa juga berjaya menahan seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang tekong dalam Operasi Benteng semalam.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.

“Agensi-agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Operasi Benteng cuma cekup pati di sempadan sekerat dua dah riuh-rendah berkokok walhal pati dalam negara dah bersepah-sepah cari makan haram jadah tanpa cukai permit kerja macam okay jer.

Comments are closed.