Home Utama Kerajaan sasar 40 peratus pendigitalan penyampaian perkhidmatan – PM

Kerajaan sasar 40 peratus pendigitalan penyampaian perkhidmatan – PM

Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Dalam mendepani kesan ekonomi ekoran pandemik Covid-19, kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil langkah insklusif dengan memperkasakan agenda pendigitalan.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pandemik Covid-19 mendorong kerajan menacari jalan baharu bagi menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat.

“Proses digitalisasi ini akan terus dipergiat dan tumpuan juga diberikan kepada pembangunan ekonomi digital bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara pasca Covid-19.

“Sebagai contoh, Kerajaan mensasarkan sebanyak 40 peratus pendigitalan penyampaian perkhidmatan End-to-end, iaitu E2E sepenuhnya menjelang akhir tahun 2020 berbanding 20.2 peratus pada tahun 2019,” katanya ketika merasmikan portal MalaysiaBiz.

Majlis perasmian itu disiarkan secara langsung di laman rasmi Facebook, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu).

Jelas Muhyiddin lagi, sasaran itu adalah bagi memastikan pembangunan ekonomi digital yang mampan untuk manfaat semua seiring dengan potensi teknologi Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) di negara ini.

Justeru itu, pendigitalan penyampaian perkhidmatan amat penting terutama sekali kepada Industri Kecil dan sederhana (IKS).

Muhyiddin berkata, pada tahun 2019, PKS telah menyumbang sebanyak 38.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 38.3 peratus pada tahun 2018.

Malah IKS disasarkan akan mengumbang sebanyak 45 peratus daripada KDNK disasarkan menjelang tahun 2025 dan 50 petatus pada tahun 2030.

“Oleh sebab itu, langkah-langkah untuk menjana pertumbuhan PKS akan terus diberi keutamaan melihat kepada trend pembelian dalam talian pada hari ini yang menunjukkan potensi PKS untuk berkembang secara pesat.

“Dengan itu, proses pendigitalan dalam kalangan peniaga dapat dipermudahkan,” katanya.

Oleh yang demikian, pelancaran portal MalaysiaBiz dilihat akan menjadi pemudah cara kepada urusan perniagaan setempat.

Kata Muhyiddin, portal yang dibangunkan MAMPU ini akan berfungsi sebagai one stop center dengan menyediakan sebuah portal setempat bagi memudahkan pendaftaran perniagaan dan permohonan lesen atas talian secara efisien.

“MalaysiaBiz bertujuan mewujudkan persekitaran yang mesra peniaga bagi meningkatkan daya saing negara serta memacu pertumbuhan ekonomi setempat.

“Saya yakin objektif portal ini akan dapat tercapai dan sekali gus mendokong agenda kerajaan digital,” katanya lagi. – MalaysiaGazette