KUALA LUMPUR – Pelabur asing merupakan penjual bersih pada minggu lalu apabila melupuskan ekuiti tempatan berjumlah RM183.7.
MIDF Research berkata, ketika Bursa Malaysia dibuka Isnin lalu, pelabur asing menjual sebanyak RM541.02 juta ekuiti tempatan dengan pelabur runcit dan institusi menjadi pembeli bersih, masing-masing RM183.1 juta dan RM357.9 juta.
Sepanjang minggu lalu, pelabur runcit merupakan pembeli aktif kecuali hari Khamis dengan jualan bersih sebanyak RM87.4 juta.
Aliran masuk terbesar adalah pada hari Isnin iaitu RM183.11 juta manakala paling kecil sebanyak RM104.61 juta pada hari Selasa.
Momentum itu berterusan sehingga akhir minggu lalu.
Firma penyelidikan itu juga berkata, pada hari Jumaat, pelabur runcit menjual sebanyak RiM120.9 juta.
Ia merupakan momentum bercampur-campur untuk institusi tempatan.
Menurut MIDF Research, pasaran melihat institusi tempatan sebagai penjual bersih pada pertengahan minggu dan ditutup sebagai pembeli bersih.
Penjualan bersih terbesar dicatatkan pada hari Selasa kepada RM170.6 juta dan pembelian terbesar adalah pada hari Isnin.
Setakat tahun 2020, pelabur asing menjual sebanyak RM24.2 bilion ekuiti di bursa.
Sebagai perbandingan dengan tiga pasaran Asia Tenggara, Indonesia mencatatkan jumlah aliran keluar bersih paling tinggi sementara Thailand pula merekodkan aliran keluar terkecil berbanding yang lain.
Setakat tahun ini, pelabur runcit merekodkan pembelian bersih berjumlah RM12.4 bilion sementara institusi tempatan pula RM11.3b.
Dari segi penyertaan, pelabur runcit mencatatkan kenaikan mingguan sebanyak 27.98% bagi nilai purata 23.77%. – MalaysiaGazette