Home Utama Pemimpin DAP mohon maaf, tarik balik kenyataan fitnah terhadap Annuar

Pemimpin DAP mohon maaf, tarik balik kenyataan fitnah terhadap Annuar

Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai muncul secara mengejut di pejabat Tan Sri Annuar Musa.

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai hari ini hadir secara mengejut ke pejabat Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyerahkan surat pengakuan mohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah yang dilemparkan pada 18 November lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Annuar dalam ciapan ringkas di laman Twitter.

Mengulas pertemuan itu, Ahli Parlimen Ketereh itu mengucapkan terima kasih kepada Kok Wai yang juga merupakan Ahli Parlimen Cheras.

“Saya akan rujuk peguam saya,” kata Annuar.

Baru-baru ini, portal berita melaporkan Ahli Parlimen dari DAP itu menuduh Annuar elah menjual sebanyak 42 plot tanah DBKL sejak menjadi menter dan menyoal apakah status penjualan tanah-tanah itu.

Annuar jawab Tan Kok Wai 11 pagi ini

Dakwa Kok Wai lagi, sejak Annuar memegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan, banyak tanah telah dijual kepada pihak swasta untuk dimajukan, dibangunkan sebagai projek perumahan dan campuran komersial.

Menteri Wilayah Persekutuan itu dalam sidang media menjawab tuduhan tersebut berkata: “Saya ulang, sehingga saat ini, saya tak pernah terima apa-apa permohonan dari bandaraya (DBKL) untuk menjual mana-mana aset mereka.

Fitnah jual tanah DBKL, Annuar akan saman Tan Kok Wai

“Saya kecewa fitnah pemimpin DAP ini menyerang Ahli Parlimen yang lain, sedangkan beliau mempunyai peluang berucap di Parlimen untuk saya berikan jawapan, tetapi dia pilih untuk membuat kenyataan di luar Parlimen.

3 Komen

  1. prinsip undang2 ni mudah … when damage in done u paid for the damages… jadi satu titik tolak kalau nk tuduh siasat dulu…

  2. Lain kali jangan salahkan nama seseorang tetapi salahkan mentality Pak Pandir politikus kemaruk sokongan undi pendatang cina keling menang sorak kampung tergadai sehingga tanah Melayu kini merosot ke 12%.

  3. Harap orang2 Islam bersifat KERAS kepada kaum KAFIR dinegara ini. MEREKA TIDAK AKAN BERHENTI MEMFITNAH UNTUK MASA2 AKAN DATANG!

    Diharap peguam Anuar Musa dapat meneruskan kes saman fitnah DAP ini!

Comments are closed.