Home Ekonomi Petronas, Sarawak meterai perjanjian komersial urus hasil minyak

Petronas, Sarawak meterai perjanjian komersial urus hasil minyak

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bersetuju melaksanakan penyelesaian komersial bagi membolehkan Sarawak menikmati hasil minyak dan gas lebih tinggi yang dihasilkan di negeri tersebut.

Petronas dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Jaul Samion dalam kenyataan bersama berkata, di bawah perjanjian itu, Sarawak juga akan diberi penglibatan yang lebih aktif melalui pengurusan sumber minyak dan gas darat,firma tenaga miliknya Petros.

”’Kerajaan Negeri Sarawak dan Petronas meneruskan peranan masing-masing sebagai syarikat minyak nasional Malaysia, tetap komited bekerjasama untuk mewujud dan mengekalkan persekitaran perniagaan dan pelaburan yang stabil dan kondusif untuk pertumbuhan industri minyak dan gas yang mampan, baik di huluan dan hiliran di Sarawak.

”Untuk mencapai tujuan itu, perjanjian ini menyediakan kerangka perundingan, yang mana kedua-dua pihak dapat bersama-sama membincangkan hal-hal yang penting bagi industri minyak dan gas termasuk yang mempengaruhi kepentingan negara,” menurut kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette