Home Politik Bersatu tak pernah mohon menghadap Sultan Perak – Peja

Bersatu tak pernah mohon menghadap Sultan Perak – Peja

Ahmad Faizal Azumu

KUALA LUMPUR – Dengan pelbagai spekulasi dan desas-desus  untuk menghadap Sultan Perak – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak hari ini tampil buat penjelasan.

Menurut Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Faizal Azumu dalam satu kenyataan, pihaknya tidak pernah membuat sebarang permohonan untuk menghadap Sultan Perak ketika ini dalam isu pelantikan Menteri Besar baharu.

“Dalam pada itu, Bersatu Perak juga ingin memaklumkan bahawa tidak menerima titah untuk menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak secara rasmi dari pihak istana seperti yang dilaporkan media,” katanya yang juga dikenali sebagai Peja.

Terdapat laporan yang mendakwa Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Bersatu dan Pas dititah menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, memaklumkan titah itu pada sidang media di hadapan perkarangan Istana Kinta di sini sebaik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selesai menghadap Sultan Nazrin pagi ini.

Hari ini Zahid Hamidi tiba ke Istana Kinta Ipoh di sini pukul 9.55 pagi disusuli Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad, Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Malam tadi, Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membabitkan UMNO, Pas dan Bersatu di Perak perlu terus dipertahan.

Kemelut politik negeri itu bermula selepas bekas Menteri Besar, Ahmad Faizal daripada Bersatu gagal memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul keyakinan terhadap Menteri Besar yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada Jumaat lalu.

Dalam undian sulit yang dijalankan, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak, manakala satu berkecuali.

DUN Perak merangkumi 25 ADUN Barisan Nasional (BN) yang kesemuanya daripada UMNO, DAP (16), Amanah (5), BERSATU (5), PKR (3) dan PAS (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Laaaa patutlah kena tendang…bebal rupanya…Sultan titah ko mengadap…ko plak kata tak pernah mohon mengadap? Apalah bodoh sangat ko ni..sama dgn penyokong2 ko bebal

Comments are closed.