Home Politik Isu calon MB Perak antara topik mesyuarat BN

Isu calon MB Perak antara topik mesyuarat BN

Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran ketika hadir pada Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 08 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Isu pelantikan Menteri Besar Perak yang baharu dijangka menjadi antara topik perbincangan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam ini.

Mesyuarat itu dijangka dipengerusikan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan yang masing-masing merupakan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Terdahulu, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa dan juga Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan sudah berada di PWTC sejak petang tadi untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri BN.

Bermula sekitar 7.45 malam, pemimpin parti komponen BN mula tiba ke Menara Datuk Onn di sini bermula dengan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Tan Sri Joseph Kurup dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Tan Sri Joseph Kurup ketika hadir pada Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 08 DISEMBER 2020.

Lima minit kemudian Presiden MIC, Tan Sri S.A.Vigneswaran pula tiba diikuti Ketua Pemuda BN, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Turut hadir Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon sekitar 8.09 malamĀ  sebelum timbalan presiden parti berkenaan, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon ketika hadir pada Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 08 DISEMBER 2020.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid pun hadir.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahadzir Khalid ketika hadir pada Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 08 DISEMBER 2020.

Namun, tiada seorang pun dalam kalangan pemimpin BN mahu berkongsi apa intipati yang mungkin menjadi perbincangan dalam mesyuarat malam ini.

Para pengamal media ‘berkampung’ di lobi Menara berkenaan sejak 5 petang lagi untuk mendapatkan perkembangan terbaharu beberapa isu politikĀ  termasuk krisis pelantikan Menteri Besar Perak.

Pagi tadi, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menghadap memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mempertimbangkan nama calon menteri besar yang dipersetujui oleh UMNO Perak.-MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.